Selamat datang ke Pauh Inn Educational Training Center

Menjejakkan kaki ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Bumi Indera Kayangan, Pauh Inn Educational Training Center merupakan sebuah pusat latihan yang menjanjikan suasana indah dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang berkunjung ke sini.

Terletak di lokasi yang amat strategik, disamping menjadi pusat latihan yang tersohor, para pengunjung boleh menikmati keseronokan membeli belah di Padang Besar dan menjamu selera di Kuala Perlis serta mengenali tumbuhan herba di Taman Herba Negeri Perlis dan pelbagai lagi tempat menarik.

Selain, menawarkan perkhidmatan bilik penginapan, PIETC juga menyediakan bilik seminar untuk berkursus/ bengkel serta pelbagai pakej untuk dinimmati. Pelbagai kemudahan ditawarkan untuk keselesaan para pengunjung. Alamilah keseronokan dan ketenangan ketika berkunjung ke sini di sini.

Sila klik pada menu Penginapan untuk melihat senarai bilik, dan seterusnya membuat tempahan.

Kemudahan

  • Kolam renang dewasa dan kanak-kanak
  • Lobi
  • Perkhidmatan katering (untuk pakej)
  • Pondok rehat (gazebo)
  • Ruang makan terbuka
  • Ruang tempat letak kenderaan yang luas
  • Surau lelaki dan perempuan
  • Tiada perkhidmatan lif disediakan

Check-in & Check-out

Check-in: selepas pukul 2:00 petang.
Check-out: sebelum pukul 12:00 tengahari.

Hubungi Kami

Pauh Inn Educational Training Centre
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

No Tel : 049886259
No Fax : 049886279
E-mel: pauhinn14@gmail.com